Syeikh Al-Azhar - UMNO salah pilih
Kulai, 14 Febuari, 2004
Membaca keratan akhbar Berita Harian 13 Feb, 2004 di muka 22 bertajuk "Tantawi restu singapura haram tudung", akhbar arus BN itu memberi komen yang berbunyi, "Syeikh Al-Azhar, Sheikh Mohamed Sayyed Tantawi terus mengeluarkan kenyataan kontrovesi yang menyebabkan kritikan dilemparkan terhadapnya dengan berkata semalam bahawa Singapura berhak menguatkuasakan larangan hijab di sekolah republik itu".
Apa yang menarik ialah Berita Harian sendiri menggunakan perkataan kontrovesi yang menggambarkan betapa kenyataan Syeikhul Azhar itu tidak dapat diterima akal. Syeikhul Azhar itu jugalah yang telah menyokong Perancis mengharamkan tudung di Perancis. Daripada kedua-dua kes yang berlaku sudah cukup bagi seluruh umat Islam di dunia ini untuk menilai siapakah Syeikhul Azhar ini, siapakah di belakang beliau dan mengapa pandangan beliau di tolak oleh ulamak-ulamak Al-Azhar yang lain.
Pada hari ini, apabila ada mana-mana negara yang mahu mengekang dan menyekat arus pemikiran Islam, mereka akan pergi kepada Syeikhul Azhar kerana komen yang akan diberikan beliau sudah dapat dijangka dan pasti tidak mengecewakan pemimpin-pemimpin kafir ini (dalam dunia peruncitan hari ini boleh digunakan istilah "money-back guarantee"). Kalau ada idea-idea gila yang mahu ditempel dengan jenama Islam, pergi saja kepada Syeikhul Azhar ini yang diamanahkan Amerika untuk "memegang cop halal bagi produk-produk haram".
Langkah-langkah pemimpin bukan Islam ini telah juga dilakukan oleh Dr. Mahathir bagi mendapatkan cop "Islam" untuk negara sekular ini. Bezanya, negara lain tidak perlu berbelanja besar untuk mendapatkan cop ini, tetapi Malaysia telah membelanjakan ratusan juta RM untuk meyakinkan Syeikhul Azhar memberi cop "Islam" kepada Malaysia. Beginilah berhemahnya Malaysia di dalam mengurus kewangan dan masa depan negara.
Kembali