Kenaikan Harga Sawit Tidak Pengaruhi Kehidupan Peneroka

Kulai, 13 Febuari, 2004

Ura-ura kononnya harga sawit akan naik hingga RM 400.00/tan dianggap suatu berita yang tidak membawa apa-apa perubahan kepada peneroka Felda. Menurut beberapa orang peneroka di Felda Taib Andak, harga yang digembar-gemburkan itu bukanlah suatu perubahan penting di dalam pendapatan peneroka Felda kerana jumlah kutipan buah sawit didapati semakin berkurangan. Ini bererti, harga sawit yang meningkat tidak bermakna kiranya buah-buah yang dikutip tidak banyak.

Tidak hairanlah apabila ramai daripada kalangan peneroka, terutamanya wanita, terpaksa bekerja di luar Felda tewrmasuk di kilang-kilang, stesen minyak, sebagai tukang cuci, pengawal keselamatan, tukang masak dan sebagainya bagi menanggung keperluan keluarga yang semakin meningkat saban masa. Harga barangan keperluan yang meningkat terlalu banyak berbanding dengan kadar peningkatan pendapatan mereka menyebabkan kehidupan peneroka dan bukan peneroka menjadi semakin terhimpit.

 

Kembali