Jenayah Rogol - Kerajaan masih buta dan pekak

Kulai, 09 Febuari, 2004

Isu rogol begitu hangat dipertikaikan pada masa sekarang walaupun jenayah ini sudah berakar umbi di dalam negara kita. Sebelum ini jenayah ini seolah-olah perkara remeh sehinggalah isu baru yang melibatkan kanak-kanak bawah umur pemimpin UMNO. Seluruh negara seolah-olah tersedar dari tidur yang panjang dan mula berbicara tentang seriousnya jenayah rogol dalam negara kita.

Di dalam perbincangan-perbincangan yang dibawa ke dalam masyarakat terutamanya melalui media, pelbagai pihak memberi berbagai pandangan. Di dalam perbincangan yang dibuat oleh TV3 pada hari ini, saya terpanggil untuk memberi komen kepada pandangan-pandangan yang dikemukakan oleh panel jempuitan termasuk Dato' Napsiah Omar. Perbincangannya tertumpu kepada satu isu, hukuman sebat di khalayak ramai.

Saya mendengar pandangan-pandangan yang dikemukakan dengan penuh rasa simpati kerana mereka yang mengemukakan pandangan tidak langsung melihat penyelesaian yang disarankan oleh Islam. Antara pandangan yang dikemukakan ialah hukum sebatan di khalayak ramai itu perlu kepada penelitian kerana bimbang negara dicop sebagai babaric atau tidak bertamaddun. Dato' Napsiah Omar juga bimbang sekiranya hukuman tersebut tidak diteliti, ia akan menyebabkan pelabur enggan masuk ke Malaysia. Ada juga yang berpendapat hukuman tersebut tidak wajar kerana ia mungkin menimbulkan kesan psikologi yang kurang elok kepada anak-anak apabila ianya sering dipertontonkan. Ada juga golongan professional yang berpendapat ia tidak wajar kerana bimbang ianya akan dijadikan suatu pesta hiburan menonton hukuman dijalankan. Kiranya pandangan-pandangan tersebut merujuk kepada hukuman hudud yang sememangnya wajib dilaksanakan di khalayak ramai, maka saya ingin mengemukakan jawapan kepada mereka.

Babaric; Pandangan yang menuduh bahawa hukuman tersebut sebagai babaric perlu menilai kesan hukuman yang dikatakan tidak babaric. Adakah hukuman mereka berjaya menyelesaikan masalah? Atau masalah mereka bertambah dan tidak berkesudahan sehingga mereka menjadi buntu sehingga terpaksa memikirkan penyelesaian lain. Nyatanya masalah keselamatan masyarakat semakin terabai dan Malaysia diletakkan di tempat kedua di dalam senarai negara Asia yang memiliki rekod jenayah rogol tertinggi selepas Thailand. Bayangkan jika undang-undang "tidak babaric" ini diteruskan, entah setahun dua lagi Malaysia akan diletakkan di tempat teratas di dalam senarai jenayah rogol tertinggi, sedangkan majoriti penduduk negara ini adalah penduduk beragama Islam.

Pelabur; Pandangan yang bimbangkan pelabur luar tidak mahu masuk ke Malaysia dek hukuman di khalayak ramai, seperti yang hangat diperbincangkan, lebih tidak masuk akal. Hairan juga bagaimana seorang pemimpin parti kerajaan boleh mengemukakan pandangan sedangkal itu. Pandangan tersebut seolah-olah ingin menyatakan bahawa pelabur asing, selain daripada tujuan perniagaan, punya niat untuk merogol. Hairannya, selama ini tiada pula berita pelabur asing merogol di Malaysia, kalaulah itu yang dijadikan kebimbangan.

Psikologi; Pandangan mengatakan hukuman tersebut mungkin mengganggu psikologi dan emosi kanak-kanak kiranya ditonton berulang kali juga merupakan hujah yang dibuat tanpa fakta. Kebimbangan sepatutnya ditujukan terlebih dahulu kepada adegan-adegan ganas dan seksual yang berlumba-lumba ditayangkan di kaca TV dan juga VCD yang dijual secara terbuka. Perkataan "berulang kali" juga tidak munasabah kerana seolah-olah kejadian rogol akan semakin bertambah atau masih pada tahap yang sama apabila hukuman tegas seperti itu dilaksanakan.

Hiburan; Pandangan mengatakan hukuman tersebut akan menjadi bahan tontonan dan hiburan sekiranya dilaksanakan juga amat melucukan. Sebenarnya, hukuman yang sengaja dipertontonkan di khalayak ramai itu bertujuan untuk memberi rasa gerun kepada mereka yang bercita-cita untuk terlibat di dalam jenayah itu. Maka secara logiknya, hukuman tersebut tentunya akan menjadi suatu yang menghalang jenayah tersebut daripada berleluasa atau sering berulang. Sebab itu, cadangan live-telecast (tayangan secara langsung) hukuman yang sama tetapi dijalankan di tempat tertutup adalah tidak tepat kerana roh hukuman tersebut tidak akan sama berbanding jika dilihat di depan mata sendiri.

Nah, adakah kita masih mahu berdolak-dalik dari melaksanakan hukuman Ilahi yang menjanjikan "pencegahah" yang dijamin sendiri oleh Pencipta hukuman dan makhluk yang dikenakan hukuman tersebut. Tepuk dada, tanya iman......

 

Kembali