Program Tarbiyyah diperhebatkan
Kulai, 01 Januari, 2004
PAS Kawasan Kulai kini memperhebatkan program tarbiyyah di kalangan ahli. Bukan sahaja kuliah dihidupkan setiap minggu di markas, bahkan program usrah juga rancak dilakukan. Setakat ini Urusan Ulama' dan Lujnah Tarbiyyah telah memainkan peranan yang amat berkesan bagi menghidupkan program tarbiyyah.
Antara agenda utama tarbiyyah ialah mendidik ahli untuk menepati masa. Usrah yang dijalankan di rumah-rumah ahli ditetapkan untuk bermula tepat jam 9.00 mlm dan berakhir tidak lewat dari jam 10.30 mlm. Kaedah ini didapati berjaya mendidik ahli agar menghormati masa dan telah menarik minat lebih ramai golongan yang kasihkan tarbiyyah untuk duduk bersama di dalam kelompok-kelompok usrah ini.
Antara agenda utama usrah ialah mendidik ahli agar memperbanyakkan pengabdian kepada Allah dengan mengamalkan amalan para sahabat dan sentiasa mengikhlaskan diri di dalam setiap amalan yang dilakukan. Seerah para sahabat yang mulia sering dibicarakan bagi membakar semangat juang para ahli, terutamanya menjelang pilihanraya yang dijangka tidak lama lagi.
Kembali