PAS Kulai pindah pejabat

Kulai, 01 Januari, 2004

PAS Kawasan Kulai bukan sahaja mendapat kepimpinan baru, bahkan PAS kawasan juga kini berpindah ke pejabat baru di Taman Desa, Kulai. Pejabat baru ini mempunyai ruang dewan yang lebih besar bagi menempatkan lebih ramai orang yang hadir dalam satu masa. Sehingga kini, pejabat tersebut telah mula di gunakan di samping meneruskan kerja-kerja menghias bagi menampilkan imej baru.

Setakat ini, pejabat tersebut telah digunakan untuk mesyuarat Kawasan, Dewan Pemuda. Dewan Muslimat dan MTD. Di samping itu, program-program tarbiyah mula dihidupkan. Setiap hari Isnin, ahli-ahli akan bersembahyang maghrib secara berjamaah dan mengikuti kuliah haraki sehingga isya'. Setakat ini kuliah haraki yang disediakan menyentuh bab tafsir al-Qur'an, Hadith dan Fiqh semasa. Semua ahli dan orang ramai dipelawa dan dialu-alukan untuk meramaikan program tersebut.

 

Kembali