PAS Kulai di bawah YDP dan AJK baru

Senai, 29 Jun, 2003

PAS Kawasan Kulai kini di bawah AJK baru setelah berlangsungnya Mesyuarat Agong PAS Kawasan di Hotel Sofitel. Kepimpinan AJK baru ini kini diterajui oleh YDP yang baru, En. Ismail Muhammad. Beliau merupakan antara orang yang paling lama di dalam PAS Kulai dan dirasakan paling layak menggantikan Tuan Hj. Hasan Husin yang berhijrah ke Terengganu.

Di dalam ucapan sulung beliau setelah dilantik menjadi YDP, beliau menyatakan rasa terharunya di atas kepercayaan PAS Kawasan Kulai untuk memimpin jamaah, sedangkan beliau merasakan beliau bukanlah orang yang terbaik di kalangan ahli-ahli PAS di Kulai. Sambil menitiskan airmata, beliau mengucapkan selamat jalan dan menyatakan setinggi penghargaan kepada Tuan Hj. Hasan Husin yang telah memimpin PAS Kawasan Senai dengan cemerlang.

Beliau mengharapkan agar kepimpinan baru akan memberikan kerjasama kepada beliau demi kekuatan parti dan ketinggian Islam

Kembali