PAS Kulai di bawah YDP dan AJK baru
Senai, 29 Jun, 2003
PAS
Kawasan Kulai merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada YDP yang lalu, Tuan
Hj Hasan Husin yang telah banyak menyumbang kepada kekuatan dan keutuhan parti
di Kulai. Beliau, walaupun di dalam keadaan kurang sihat, masih mampu memberikan
perhatian kepada jamaah lebih-lebih lagi di saat ahli-ahli cuba dilemahkan oleh
pelbagai sekatan dan akta oleh pihak polis.
Beliau yang telah lama memimpin PAS di semua peringkat, termasuk pernah menjadi Pesuruhjaya PAS Johor dan juga Ketua Dewan Pemuda PAS Johor, merupakan faktor penyatu di dalam jamaah. Dengan kehadiran beliau, golongan lama dan baru, tua dan muda seolah-olah dapat melupakan perbezaan masing-masing dan bersatu di dalam melaksanakan tugas-tugas jamaah tanpa ada rasa kekok dan berpuak-puak. Ucapan-ucapan beliau, walaupun jarang kedengaran, sering menjadi amanat penting kepada seluruh jentera parti.
Ketiadaan beliau di dalam PAS Kawasan Kulai merupakan suatu kehilangan yang besar. Pun begitu, para petugas PAS Kulai masih tetap bersemangat melaksanakan tanggungjawab masing-masing kerana semangat yang telah disemai dan dibaja oleh beliau masih subur dan akan terus subur.