Mesyuarat Agong kali ke 14 di Sofitel
Senai, 29 Jun, 2003
PAS Kawasan Kulai telah selamat mengadakan Mesyuarat Agong Tahunannya untuk kali ke 14 di Hotel Sofitel Senai. Mesyuarat Agong kali ini diadakan dengan suasana yang bercampur-baur kerana beberapa peristiwa. Gembira, kerana semua ahli dapat bertemu dan beramah mesra di samping melihat barisan kepimpinan baru yang dipilih untuk menerajui PAS Kawasan Kulai. Geram, kerana terlalu ramai SB yang ditugaskan "mengganggu" suasana Mesyuarat Agong dengan kamera dan kamera video yang merakam setiap hadirin yang datang. Sekurang-kurangnya terdaat 5 orang SB yang dilihat berkeliaran di hotel tersebut. Sedih, kerana sebahagian ahli akan terpaksa berpindah ke Kawasan Tenggara dan Mantan YDP akan kembali ke kampung asalnya di Terengganu.